Tetamu Sedang Online / Jumlah Yang Datang

Counter
Counter

Tuesday 7 May 2013

Info Berkenaan Handphone

Kenapa Anda Harus Memilih Yang Original?

Handphone Original Memanglah Harganya Agak Mahal. Tetapi Berbaloi Dan Puas Hati. Dijamin. Kenapa? Sedikit Info Untuk Pembeli Di Luar Sana..


Pengenalan Handphone AP Set, Clone Set & Original 

Tahukan anda, kebanyakan model handphone sekarang telah mengeluarkan APset & Clone set yang mirip dengan original. Diingatkan anda supaya berhati-hati terutama semasa hendak membeli handphone baru. Terdapat beberapa perbezaaan antara handphone original, handphone AP set & handphone Klon Set. Mari kita kongsikan bersama maklumat mengenai handphone ini memandangkan masih ramai lagi belum mengetahui akan hal ini.

Produk AP Set (Authorized Product) mempunyai kualiti yang sama 100% seperti Original tetapi, anda perlu tahu bahawa dia bukanlah pengedar yang diiktiraf oleh pengeluar handphone tersebut. Misalnya Nokia, Asia Mobile, uTNT dan VSCOM merupakan di antara pengedar AP Set bagi Nokia tetapi mereka tidak diiktiraf. Untuk original pula, Zithron dan Avaxx adalah pengedar Nokia yang sah. Klon set pula mempunyai kualiti 98% dari yang original, rupa dan function yang sama tapi memang ada perbezaannya. Contohnya, Samsung Galaxy Note 2 Original & Note 2 Klon, kalau Note 2 Original, anda boleh lukis semasa menaip mesej tetapi klon tidak boleh. Perbezaaan Handphone Original vs AP/Clone Set.

Pertama, dari segi warranty. Handphone original akan mendapat warranty dari syarikat pengeluar utamanya sendiri contohnya seperti Samsung mendapat warranty daripada Samsung Malaysia Electronic (SME) dan iphone dan ipad mendapat warranty daripada Apple. Jangkamasa warranty bergantung kepada syarikat terbabit. Selalunya warranty bagi handphone original adalah 12 bulan atau 24 bulan. untuk handphone AP pula, warranty adakah daripada syarikat yang mengedarkan handphone terbabit. Jadi warranty tersebut tidak akan diterima oleh mana-mana syarikat pengeluar utama. Sebarang kerosakan handphone AP mestilah dirujuk kepada syarikat atau kedai yang mereka beli. Untuk handphone Klon, tak usah beranganlah nak warranti. Beli pun murah ingat ada syarikat nak tanggung kerosakan anda? Keluar duit poket sendirilah kalau rosak.

Kedua, perbezaannya adalah dari segi harga. Harga Klon Set adalah jauh lebih murah berbanding original. AP set lebih kurang saja berbanding Original set. 
Cara Nak Kenal AP Set / Original Set / Klon Set

1. Original warranty 1 tahun kebiasaannya bagi (Samsung,Nokia,Sony Ericsson, iPhone Etc) kecuali HTC dan Blackberry mempunyai 2 tahun warranty dari Brightstar / Brightpoint. Kadangkala warranty Samsung juga ada 2 tahun bagi model yang baru keluar tetapi hanya boleh didapati di Samsung sahaja. 

2. Kalau clone, pastikan anda check internal memory. Kebiasaannya internal memory handphone Clone adalah 2GB - 4 GB sahaja. Jarang ada 8GB dan sangat jarang untuk menjumpai 16GB. Contohnya Original Samsung Galaxy S3 adalah 16GB manakala S3 Clone yang banyak dijual yang mempunyai rupa yang mirip dengan S3 Original adalah 4GB sahaja. 

3. Pastikan ada sticker Original di belakang tempat letak battery. Kebiasannya akan terdapat 1 stocker berbentuk bulat. Contohnya Samsung = Sticker bulat ada logo samsung dan bersaiz kecil sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Order, Pesanan Atau Cadangan Anda Di Sini..

 
Copyright © . Shaini Telecommunications - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger